Adakah Ini Trompet Israfil?



Inikah trompet Israfil?

Sebelum ini,manusia menyangka alam semesta ini bentuknya adalah rata,luas terbentang. Ada juga kajian bahawa alam berbentuk bundar seperti donat.

Namun,kajian terbaru yang dilakukan oleh sekumpulan saintis dari sebuah universiti di Jerman lebih menarik. Hasil pemerhatian yang diketuai oleh Profesor Frank Steiner menggunakan teknologi canggih milik NASA,mereka menemui sesuatu yang menakjubkan!!!

Frank Steiner
      Kumpulan saintis itu mendapati bahawa alam semesta ini berbentuk trompet! Penelitian mereka mendedahkan bahawa bahagian hujung belakang trompet (alam semesta) adalah bahagian yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar (unobserveable). Manakala bahagian hadapan alam semesta pula tempat letaknya bumi dan seluruh sistem suria masih boleh dilihat oleh manusia (observeable),sama ada melalui penglihatan,alat teleskop mahupun pencerapan.

Cuba perhatikan gambar rajah di bawah



Alam semesta dibahagikan kepada 5 (lima) bahagian.Bahagian 1,2,3 dan 4 merupakan tempat letaknya suria termasuk bumi.Manakala 5 dikategorikan sebagai unobserveable,sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.

"Dan pada hari ditiup sangkakala (trompet) ,maka terkejutlah semua yang ada dilangit dan dibumi seluruhnya,kecuali mereka yang dikehendaki Allah.Dan mereka semua menghadapkannya dengan rasa rendah diri" - Surah an-Naml: Ayat 87

Apa pula kaitan hadis di atas dengan penemuan tersebut?

      Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah S.A.W telah bersabda:"Ketika Allah telah selesai menjadikan langit dan bumi,Allah jadikan sangkakala dan diserahkan kepada malaikat Israfil .Kemudian ia meletakkan di mulutnya sambil melihat ke arasy menanti bilakah ia diperintahkan untuk meniupnya.Lalu sahabat bertanya:Ya Rasulullah,Apakah sangkakala?"

      Jawab Rasulullah:"Bagaikan tanduk dari cahaya."sahabat bertanya lagi:"Bagaimana besarnya?" Jawab Rasulullah :"sangat besar bulatannya,demi Allah yang mengutusku sebagai Nabi,besar bulatannya seluas langit dan bumi,dan akan ditiupkan sebanyak tiga kali.

Pertama Nafkhatul faza' (untuk menakutkan),kedua Nafkhatus sa'aq (untuk mematikan),dan ketiga Nafkhatul ba'ats (untuk membangkitkan)."

       Hadis di atas menyebut sangkakala atau trompet malaikat Israfil itu bentuknya seperti tanduk diperbuat daripada cahaya.Saiz bulatannya pula seluas langit dan bumi,ibaratnya terbentang dari alam nyata hingga alam ghaib.

       Persoalannya ,mungkinkah "trompet" penemuan para saintis ini ada kaitan dengan "trompet" yang bakal ditiup Israfil?Bayangkan,trompetnya sahaja sebesar alam semesta,bagaimana pula agaknya apabila Israfil meniupnya?

       Hanya Allah sahaja yang tahu dan mengetahui rahsianya.Yang pasti,trompet itu telah sekian lama tersedia di bibir Israfil.Hanya menanti arahan-NYA untuk ditiup.Sudah sediakah kita untuk mendengar  tiupan trompet itu??


#Tambahan,khabar angin mengatakan bahawa 21,22,dan 23 Dunia akan bergelap apabila semua susunan planet dalam satu garis lurus adalah tidak benar sama sekali . Jika ianya berlaku, tandanya kiamat akan berlaku dan tiupan sangkakala akan BERMULA......
Tags:

0 comments