Bukan di Malaysia! Tapi di China.Seorang pemandu mengancam mengenakan tindakan undang-undang ke atas polis trafik tempatan selepas kamera perangkap laju (AES) didakwa merakamnya memandu melebihi had laju di lebuh raya di Wilayah Sichuan, China sambil meramas payudara penumpang wanita di sebelahnya.
Ahli perniagaan Jialin Deng telah didenda £20 kerana memandu hampir 60mph dalam zon had laju 50mph, tetapi bukan itu yang dibimbangkannya.
Beliau mendakwa imej memalukan yang telah disiarkan oleh media tempatan lalu dipaparkan dalam forum internet, adalah manipulasi digital.
Dia mengancam untuk menyaman polis trafik tempatan, kerana membocorkan gambar orang awam adalah melanggar hak peribadi.
Gambar tersebut menunjukkan Deng memandu kenderaan 4WD Nissan di lebuh raya antara santai dan Shehong di Wilayah Sichuan,China. Wanita dalam gambar itu bukan isterinya tetapi seorang pelajar universiti tempatan.
Deng menegaskan dia memandu seorang diri, imej tersebut adalah palsu dan mengancam untuk menyaman Biro Trafik Mianyang. Pegawai Trafik telah berjanji untuk menyiasat kejadian itu dan berkata mereka akan mengkaji semula dasar untuk melindungi privasi orang ramai.
Search
Random Post
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua =). Kos sara hidup sekarang ni yang makin tinggi memerlukan..emmmm..korang paham la kan.. sara hidup tinggi..gaji...
-
Kisah benar yang diceritakan oleh Putri Hayati-ikuti kisah ini.... Dulu saya jahil tentang agama Allah! Saya pakai susuk dalam bent...
-
Bukan di Malaysia! Tapi di China.Seorang pemandu mengancam mengenakan tindakan undang-undang ke atas polis trafik tempatan selepas kamera ...
-
Inikah trompet Israfil? Sebelum ini,manusia menyangka alam semesta ini bentuknya adalah rata,luas terbentang. Ada juga kajian bahawa a...
-
Puratanya manusia normal bersin palinh maksima adalah 6 hingga 7 kali sehari.Tetapi apa yang berlaku pada gadis ini adalah kes yang sangat...
0 comments