Lokasi bertempat di Felda Nitar,Mersing,Johor di mana seperti yang dipaparkan di dalam foto menunjukkan sebuah kereta jenis Toyota Vios tersadai di atas tembok di tepi jalan..
Humak ai?? lagumana boleh jadi lagutu?Bro agak hairan jugak la kan?macam mana kereta tu boleh rabat (panjat) atas tembok itu? Terbang?? Wah? Dasyat aih!
Mungkin abang polis tu boleh cerita?Atau korang ada ternampak kejadian di boleh cerita?
Tak mengapa,akak baju hijau tu boleh cerita pada kita.Jom ikuti story akak kita ni.
Ok..Disini akak kongsikan cerita pasal jalan maut ni...
bukan citer pasal keter ni...ni citer pasal jalan tempat kejadian ni..
Akak mmg tinggal di Mersing,suami akak seorang guru...
Masa tu..suami akak baru ditukarkan ke SK Felda Nitar 1,Mersing..
Baru je..lebih kurang setahun yang lepas...
suami akak kesekolah selalunya naik motor jer..sbb??
Katanya bila naik keter..time tghari waktu balik skolah..mmg dia selalu ngantuk..
jadi bila naik motor...kurang sket ngantuknya..
maklum je..bila tghari buta...jalannya mmg sunyi sepi..kiri kanan dipenuhi dgn hutan kelapa sawit...
Kenderaan pun jarang2 sekali yang lalu lalang
Jalan ni..selalu sangat berlakunya eksiden yang menyebabkan kemalangan maut...
Jadi nak tanya siapa?..sbb yang terlibat selalunya maut ditempat kejadian..
Ok..pendekan citer..
Baru beberapa minggu suami akak berulang alik dari rumah ke Felda Nitar...
tak de la lama mana sangat pun
selalunya dalam 40 min sampailah...
Pada hari kejadian tu..
suami akak berada dalam opis..
macam biasa pasu bunga kecil mmg sentiasa berada diatas meja..,
masa tu dah tiba waktu balik makan,suami akak menoleh sekejap kebelakang...mencari sesuatu di laci meja..
Bila dia menoleh kembali ke meja asal..baru dia perasan...pasu atas meja dia tiba2 tak de...
jangan kan dia,akak pun rasa pelik..
sbb 2,3 kali pasu kecil tu berubah tempat
lagi la pelik..
sedangkan semua staff dah balik
tiba2 dia terpandang pasu tu terletak atas almari buku..pelik..
besoknya pasu tu berubah lagi kedudukannya
Pearsaan dia pun dah lain macam jer..
seram sejuk..
1.30 petang:
Hujan gerimis...hari panas..
Jalanraya lengang..sunyi sepi..
sebuah kenderaan pun tak de..
Hati terasa tak sedap...namun..diredahnya juga perjalanan pulang dgn menaiki motorsikal.
Jalan Nitar-Mersing
Sampai ditempat keter vios tu terbang...tetiba...ada sebuah motosikal scrambler mengekori rapat dibelakangnya..
Siapa??Rapat sungguh ..
sayangnya lelaki yang menunggangnya memakai helmet bertutup,bersarung tangan dan berjaket..Wajahnya langsung tak nampak..
Lelaki itu mengekori rapat..makin rapat dan rapat..
namun memotong motorsikal yang dinaiki suami akak tidak sekali-kali
Yang lebih pelik..
enjin motorsikal dari lelaki misteri itu langsung tidak kedengaran..
Seketika..Suami akak..menoleh ..namun...sunyi sepi..
Kelibat seorang manusia pun tak de..hanya pokok sawit dikiri kanan jalan...
Besoknnya kejadian yang sama berulang,juga ditempat yang sama...
hari ke 3:
ditempat sama...suami akak melihat kelibat seorang lelaki bertenggek di batu tanda tepi jalan..merenung tajam memandangnya...lama dia merenung tanpa berkelip
Motorsikal diberhentikan..suami akak menoleh kebelakang,namun..kelibat seorang manusia pun tak kelihatan...hanya hutan dikiri kanan jalan...
sunyi..dan suram suasana jalan ketika itu
Jadi siapa??
Kenapa lelaki itu mengekori dgn rapat sekali...macam nak ajak berlumba lagaknya...
namun sekelip mata saja lelaki itu tiba-tiba ghaib??
Disitu juga tempatnya kawan akak meninggal krn kereta yang dipandunya terbabas...adakah penyebabnya lelaki misteri itu juga?
atau ianya suatu kebetulan??
Wallahuallam lah akak mampu cakap tu .katanya selepas pekena mee rebus di seberang jalan lokasi kejadian.
Search
Random Post
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua =). Kos sara hidup sekarang ni yang makin tinggi memerlukan..emmmm..korang paham la kan.. sara hidup tinggi..gaji...
-
Kisah benar yang diceritakan oleh Putri Hayati-ikuti kisah ini.... Dulu saya jahil tentang agama Allah! Saya pakai susuk dalam bent...
-
Bukan di Malaysia! Tapi di China.Seorang pemandu mengancam mengenakan tindakan undang-undang ke atas polis trafik tempatan selepas kamera ...
-
Inikah trompet Israfil? Sebelum ini,manusia menyangka alam semesta ini bentuknya adalah rata,luas terbentang. Ada juga kajian bahawa a...
-
Puratanya manusia normal bersin palinh maksima adalah 6 hingga 7 kali sehari.Tetapi apa yang berlaku pada gadis ini adalah kes yang sangat...
0 comments