Assalamualaikum semua =).
Kos sara hidup sekarang ni yang makin tinggi memerlukan..emmmm..korang paham la kan.. sara hidup tinggi..gaji pun kena lah naik sikit,, haha..Jika kita masih makan gaji, bekerja di syarikat-syarikat besar mungkin mampu memenuhi keperluan kita untuk mempunyai pendapatan yang baik.
Namun, jika anda berani dan berkemampuan, bekerja sendiri adalah pilihan terbaik. Tapi, adakah anda sudah bersedia untuk berhenti kerja?
Berikut adalah 10 sebab untuk anda berhenti kerja..
1.Syarikat anda mengalami kerugian yang amat besar.
2.Pertelingkahan anda dengan bos bertukar menjadi buruk dan tidak boleh diselesaikan lagi.
3.Hidup anda telah berubah. Kos bagi yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Kadar gaji anda mungkin terlalu rendah untuk menampung keluarga. Carilah sesuatu yang mampu menanggung kos tersebut.
4.Anda rasakan diri anda tidak sesuai bekerja di tempat tersebut. Contoh, anda seorang chef masakan Perancis tetapi restoran tersebut lebih kepada masakan timur.
5.Anda tidak lagi suka dengan pekerjaan anda. Jangan seksa diri sendiri, berhentilah.
6.Syarikat anda tidak beretika. Mungkin tidak mementingkan kualiti produk, mencuri maklumat dari pesaing. Jangan biarkan diri anda diselubungi perkara-perkara seperti ini.
7.Reputasi anda telah terjejas di tempat kerja. Selalu tidak hadir, lambat, tidak maju ke hadapan. Reputasi ini akan menyebabkan anda tidak ke mana-mana dalam syarikat tersebut.
8.Tidak disukai rakan sekerja. Mungkin ini tidak memberikan sebarang masalah dalam jangka masa pendek.
9.Namun, akibat jangka masa panjang boleh menjejaskan diri anda. Cari perkerjaan baru dan mulakan persahabatan yang lebih baik.
10.Anda terlalu stress sehingga ia menjejaskan kesihatan fizikal dan mental anda. Ini juga boleh memberi kesan yang mendalam terhadap rakan-rakan dan juga keluarga anda.
Jika anda rasa tiada cabaran dalam bekerja, tiada tanggungjawab besar yang perlu dipikul, tidak ke mana-mana. ‘Dead end job’. Berhentilah.
Jika anda berhenti, anda tidak perlu risau jika tidak mendapat peluang pekerjaan yang lain. Anda masih lagi mempunyai pengalaman berbanding dengan graduan lepasan institusi pendidikan.. Jadi, anda mempunyai peluang yang lebih besar untuk maju ke hadapan.
Yang penting,anda mampu dan berani berhadapan dengan risiko. =)
Search
Random Post
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua =). Kos sara hidup sekarang ni yang makin tinggi memerlukan..emmmm..korang paham la kan.. sara hidup tinggi..gaji...
-
Kisah benar yang diceritakan oleh Putri Hayati-ikuti kisah ini.... Dulu saya jahil tentang agama Allah! Saya pakai susuk dalam bent...
-
Bukan di Malaysia! Tapi di China.Seorang pemandu mengancam mengenakan tindakan undang-undang ke atas polis trafik tempatan selepas kamera ...
-
Inikah trompet Israfil? Sebelum ini,manusia menyangka alam semesta ini bentuknya adalah rata,luas terbentang. Ada juga kajian bahawa a...
-
Puratanya manusia normal bersin palinh maksima adalah 6 hingga 7 kali sehari.Tetapi apa yang berlaku pada gadis ini adalah kes yang sangat...
0 comments