PRU 13 × VARIASI
Dipetik dari kritis-online mengatakan bahawa seorang aktivis politik, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri dahulu pernah membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang ditadbir Pas secara diam-diam.
Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta setahun itu diberi Dr. Mahatir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr. Mahathir....
"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru. "Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita (BN) beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Permatang Kebun Sireh di sini malam tadi. Jelasnya, sebanyak 95 peratus masjid di negeri Kelantan dibina oleh BN dan rakyat sepatutnya mendesak Nk Abdul Aziz sendiri untuk memberikan jawapan. "Tuan-tuan boleh tanya Tok Guru sendiri, betul ke tidak perkara itu?
"Kita bina jambatan, jalan raya dan sekolah di Kelantan," ujarnya. Bagaimanapun, katanya, segala jasa Dr. Mahathir itu tidak dihargai oleh pembangkang sebaliknya bekas Perdana Menteri itu sentiasa dicemuh.- UTUSANONLINE
MALAYSIA NEWS MAHATHIR NIK AZIZ KELANTAN PRU13..
dan dari laman facebook pula laman sesawang kumpulan Pemuda UMNO Malaysia meminta/mencabar Nik Aziz menafikan mengenai hal ini.

VARIASI
Assalamualaikum .. Apa khabar saudara/saudari?Di sini saya ingin berkongsi mengenai masalah mulut celupar dan cara untuk atasi.Ikuti selanjutnya.
Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap ‘lepas’?
Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.
Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.
Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan,“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”
Kemudian, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.
Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.”
Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.
Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’
Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.
Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.
Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.
Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.
Jika Rasulullah yang maksum dan baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?
Bagi mereka yang ingin berubah, tidak salah kalau ingin mencuba dan mengamalkan formula dan teknik yang Rasulullah amalkan supaya kita dapat memperbaiki diri serta tidak sekali-kali ‘meletakkan’ manusia lain itu lebih rendah dari diri kita sendiri.
Yang baik itu eloklah kita ambil sebagai ilmu dan pengajaran serta hindarilah perkara-perkara yang boleh membawa sifat mazmumah dalam diri kita. Insyallah

GALERI FOTO × VARIASI
Assalamualaikum semua =)
Senaman ni sesuai untuk anda yang sukar berenggang dan kurang melakukan aktiviti senaman atau riadah kerana kesibukan bekerja dan sebagainya.Mudah saja,tak perlukan alatan,hanya perlu lihat dan baca,beb,senam-senamkan sikitla kepala tu,
mudah je..jom!
Baca dari kiri
buat banyak2 kali ok?
amacam? ada kesan?

PELIK
Assalamualaikum =)
Hanya Sempoi yang mampu Bro katakan mengenai lelaki ini yang memiliki hobi unik,kreatif,gila dan mantap dengan memakan sabun,Bro dulu kecik2 suka juga jilat sabun..kahkah,..tapi takla sampai makan sabun.. jom ikuti berita ini!!
KUALA KANGSAR: “Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.
Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.
“Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian.
“Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Padang Rengas di sini, semalam.
Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik warga emas itu yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang pada mulanya beranggapan Mohd Razali tidak waras.
“Saya akui pada beberapa tahun pertama dulu bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak termasuk isteri mengatakan saya gila.
“Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras,” katanya. Dia yang berasal dan tinggal di Sungai Temau, Kuala Lipis berkata, sehingga sekarang, dia masih tidak tahu punca dan kenapa dia memiliki tabiat pelik itu.
“Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab untuk saya buat begitu,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Razali tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.
Katanya, usahanya itu selepas gagal mendapatkan jawapan daripada doktor bertauliah, juga menemui jalan buntu menyebabkan dia berserah segala-galanya kepada Tuhan.
“Isteri (Rohani Yusup, 57,) dan anak-anak sudah berputus asa menasihatkan saya supaya berhenti. Malah, isteri pernah cuba meletakkan tepung gandum dalam bekas bedak kerana bimbang saya jatuh sakit kerana makan bedak setiap hari.
“Namun, usaha itu gagal kerana saya dapat membezakan rasanya. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya ketika makan bedak dan sabun, tetapi jika sehari tidak menjamahnya, saya gelisah seperti ada sesuatu tidak kena,” katanya. Sementara itu, anak Mohd Razali, Roslinda, 32, berkata, dia dan adik beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu.
“Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Justeru, saya berharap jika ada pihak boleh membantu merawat penyakit ‘unik’ ayah ini.
“Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,” katanya.

Assalamualaikum semua =).
Kos sara hidup sekarang ni yang makin tinggi memerlukan..emmmm..korang paham la kan.. sara hidup tinggi..gaji pun kena lah naik sikit,, haha..Jika kita masih makan gaji, bekerja di syarikat-syarikat besar mungkin mampu memenuhi keperluan kita untuk mempunyai pendapatan yang baik.
Namun, jika anda berani dan berkemampuan, bekerja sendiri adalah pilihan terbaik. Tapi, adakah anda sudah bersedia untuk berhenti kerja?
Berikut adalah 10 sebab untuk anda berhenti kerja..
1.Syarikat anda mengalami kerugian yang amat besar.
2.Pertelingkahan anda dengan bos bertukar menjadi buruk dan tidak boleh diselesaikan lagi.
3.Hidup anda telah berubah. Kos bagi yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Kadar gaji anda mungkin terlalu rendah untuk menampung keluarga. Carilah sesuatu yang mampu menanggung kos tersebut.
4.Anda rasakan diri anda tidak sesuai bekerja di tempat tersebut. Contoh, anda seorang chef masakan Perancis tetapi restoran tersebut lebih kepada masakan timur.
5.Anda tidak lagi suka dengan pekerjaan anda. Jangan seksa diri sendiri, berhentilah.
6.Syarikat anda tidak beretika. Mungkin tidak mementingkan kualiti produk, mencuri maklumat dari pesaing. Jangan biarkan diri anda diselubungi perkara-perkara seperti ini.
7.Reputasi anda telah terjejas di tempat kerja. Selalu tidak hadir, lambat, tidak maju ke hadapan. Reputasi ini akan menyebabkan anda tidak ke mana-mana dalam syarikat tersebut.
8.Tidak disukai rakan sekerja. Mungkin ini tidak memberikan sebarang masalah dalam jangka masa pendek.
9.Namun, akibat jangka masa panjang boleh menjejaskan diri anda. Cari perkerjaan baru dan mulakan persahabatan yang lebih baik.
10.Anda terlalu stress sehingga ia menjejaskan kesihatan fizikal dan mental anda. Ini juga boleh memberi kesan yang mendalam terhadap rakan-rakan dan juga keluarga anda.
Jika anda rasa tiada cabaran dalam bekerja, tiada tanggungjawab besar yang perlu dipikul, tidak ke mana-mana. ‘Dead end job’. Berhentilah.
Jika anda berhenti, anda tidak perlu risau jika tidak mendapat peluang pekerjaan yang lain. Anda masih lagi mempunyai pengalaman berbanding dengan graduan lepasan institusi pendidikan.. Jadi, anda mempunyai peluang yang lebih besar untuk maju ke hadapan.
Yang penting,anda mampu dan berani berhadapan dengan risiko. =)