Ustaz M Lebih Penipu Dari Syaitan!

Ustaz M Lebih Penipu Dari Syaitan!
Kisah benar yang diceritakan oleh Putri Hayati-ikuti kisah ini....

     Dulu saya jahil tentang agama Allah! Saya pakai susuk dalam bentuk butiran pada muka saya.Betul! saya sendiri lihat bomoh tu tekan butiran susuk itu hingga tertanam di dalam kulit dan daging  di muka saya.

     Hampanya,sehingga lah bomoh itu kini meninggal dunia pun masih tidak ada tanda perubahan pada wajah saya. Apabila saya terima hidayah daripada Allah,saya mula solat,bertaubat dan mengaji al-quran.Saya nekad hendak membuang susuk itu.


         "Kali kedua,ketiga,keempat dan kelima,saya jumpa Ustaz M.Pun masih tak ada apa-apa hasil.Orang kampung kata,habuk pun tarak!apa pu tarak! Sudahlah kena bayar.Setiap sesi RM 150.Kali lima,RM 750.Melayang duit saya."

      Kata orang,susuk ini ada pendamping.Bila langgar pantang larang,si pemakai ini akan diganggu olehnya.Tapi,bila saya langgar pantang larang tiada apapun yang terjadi pada saya.Mulanya takut juga.Tapi tak ada apa pun.

      Cuma bila solat saya rasa agak susah untuk khusyuk.Kepala pula selalu sakit kadangkala sampai tak tertanggung rasanya.Kulit muka pula kadangkala rasa panas membahang entah kenapa.Gangguan lain seperti nampak "hantu" atau "karut marut" tu tak adalah.

       Apabila saya mula beramal ibadah,tumbuh rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah di dalam hati saya.Sejak itulah saya nekad hendak membuang susuk dari muka saya ni.Tapi bomoh itu dah meninggal dunia!

       Kata orang,hanya bomoh yang masukkan susuk saja boleh tarik balik susuk dari tubuh si pemakai!!

        Habis kes saya macam mana???

       Pada suatu hari saya tonton satu rancangan televisyen yang menceritakan tentang perubatan Islam. Ustaz M ni pun tunjukkan demo buang susuk dengan guna air zamzam. Saya ambillah alamat seperti yang tertera di kaca televisyen.

       Hujung minggu itu,sampailah saya di pusat rawatannya. Dekat saja dengan kediaman saya. Ustaz M ni mukanya comel dan manis senyumannya. Sewaktu berjumpa saya ceritalah bagaimana mulanya saya pakai susuk.

        Cerita punya cerita..sampai saya berhenti bercakap sampai nak tahu maklumbalas Ustaz M. Tapi,lain pulak jadinya..Dia asyik menceritakan dan mempromosikan buku yang ditulisnya.Giliran saya pula mendengarnya.

        Dari buku sampailah ke minyak wangi.Habis cerita pasal minyak wangi masuk cerita pasal cd bacaan al-quran pula.Seingat saya,banyak lagilah produk yang dipromosikan kepada saya.Bila saya buat muka tak puas hati barulah Ustaz M berhenti promo produknya.Ustaz M bacakan ke telinga saya beberapa patah ayat al-quran sambil telapak tangannya melekap di ubun-ubun rambut saya.Agak lama juga.Saya dengar sajalah.Sudah habis baca,dia suruh saya rendamkan muka ke pinggan berisi air zam zam pul.Saya lihat tak ada apa-apa pun yang keluar!

        "Ini kena buat lima kali ni!"katanya sambil tersenyum.

         Kali kedua,ketiga,keempat dan kelima,saya jumpa Ustaz M.Pun masih tak ada apa-apa hasil.Orang kampung kata,habuk pun tarak!apa pu tarak! Sudahlah kena bayar.Setiap sesi RM 150.Kali lima,RM 750.Melayang duit saya.Tak apalah,asal susuk di muka saya boleh buang!

         "Baiklah,awak datang kali keenam tak ada bayaran dah!" kata Ustaz M.

          Nak buang susuk punya pasal ikutlah saja cakap Ustaz M ni.Saya tak kisah pun dengan byaran sebab perawat islam masa kini menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang ini.Saya pun faham dia kena bayar sewa kedai,bil air,api dan gaji pekerjanya.

          Saya tidak kisah kena bawa limau purut 30 biji.Daun pandan 28 helai.Liau nipis 28 biji.Kena beli lagi air zamzam Ustaz M sediakan sebanyak empat botol kecil berharga RM40.Ada juga minyak ubat sembut kat dalam mulut Rm 20.Beli madu habbatus sauda RM 35.Semuanya diletakkan di atas sejadah. Kena paksa rela beli.Kalau tidak tak cukup syarat nak mengubat.

         Kali keenam jumpa Ustaz M,saya dibawa masuk olehnya ke dalam bilik.Hanya kami berdua sahaja di dalam.Air zamzam sudah tersedia.Entah macam mana Allah gerakkan hati dan mata saya untuk memandang tepat pada celah jari-jemarinya yang nampak berkilau warna emas.Bentuknya panjang macam jarum berwarna emas!Bisik hati saya.

          "Hah! rendamkan muka awak tu kedalam air didalam pinggan dan sedut air zamzam guna hidung dan hembuskan kuat2!!buat beberapa kali!" arah Ustaz M sambil membaca potongan ayat.

           Hati saya dah menggerutu.Saya dah syak,sebab semasa saya rendam dan sedut hembus air di dalam piring tu,jarinya yang mengepit jarum berwarna emas ditepuk kedalam air.Dan...

            Tingggg....!

            "Lihat! susuk awak pakai dah terkeluar!"beritahu Ustaz M.Saya berhenti sedut air zamzam guna hidung. Dan angkat muka pandang ke dasar pinggan yang masih berbaki air zamzam.Terdampar 2 batang jarum berwarna emas d situ.

             Aduhai! Kecewanya saya! Sahlah penglihatan mata saya tadi bukan ilusi.Dan spontan saya cakap pada Ustaz.

              "Saya pakai susuk berlian putih bersinar dalam bentuk hablur ustaz..."

               Serta merta riak wajah Ustaz berubah.Kulit mukanya yang putih bersih itu menjadi kmerah-merahan.Dia jadi serba salah dan tak mahu lawan pandangan sepasang mata dihurung kehampaan... "...errrr... kadangkala susuk kita pakai ni boleh berubah bentuk asalnya!" kata Ustaz M tak mahu kalah.

                Betulkah Ustaz! Hati ini masih bersisa kepercayaan pada Ustaz..Maklumlah ustaz terkenal belajar sampai ke bumi anbia di Timur Tengah..tapi susah nak percaya macam mana butiran kecil berlian macam butiran pil "chi kit teck aun" boleh berubah panjang jadi jarum emas pula!

                 Saya minta bawa balik jarum emas yang dikatakan susuk yg saya pakai tu.Tapi Ustaz M bagi alasan : "Tak boleh,nanti dikhuaitiri syaitan susuk awak pakai dulu tu ganggu hidup awak nanti!"..Saya pun pulang dengan perasaan bercampur aduk.Bila otak saya tak boleh terima susuk boleh berubah sampai macamtu sekali saya pun bertanya pada seorang ustaz di sebuah pusat rawatan islam terawal di negara kita.

                 Sebenarnya,saya nak jumpa Ustaz ni,sebab dengar khabar dia handal buang susuk.Tapi,pakai air zamzam juga.Geramnya,ustaz ni memanjang sibuk.Tak ada masa nak jumpa.Cuma hari tu bersyukur dia dapat jawab panggilan saya.

                 "Kalau pakai susuk berlian dalam bentuk butiran pasti akan keluar berlian juga.Mana boleh tukar jadi emas!"jawabnya. Adakah saya kena tipu dengan Ustaz M?Ya mata saya masih terang lagi.saya melihat sendiri penipuan yang dilakukan oleh Ustaz M dengan mata celik.Saya ulang sekali lagi,saya tak kisah kena bayar berapa pun dan bawa apa pun.

                  Tetapi saya terkilan saya sudah nampak jarum emas terselit di jari ustaz M.Ingatkan syaitan yang dampingi saya yang tipu pandangan saya.Tapi Ustaz M yang taruhkan!Ustaz M lebih penipu dari syaitan!!

                  Ya Allah,saya bersumpah di hari akhirat nanti,saya akan tuntut di hadapan hadrat Allah,perbuatan Ustaz M yang menipu dan temberangkan saya.Saya bukan berprasangka buruk tapi bila say tengok Ustaz M pakai kereta mewah,selalu masuk televisyen pulak tu,saya jadi marah dan kecewa.Ya Allah,entah berapa ramai lagi diluar sana yang telah terkena temberang Ustaz M ini yang memainkan ayat-ayat al-Quran,mempergunakan agama dan duduk di atas sejadah kononnya sentiasa beribadah menyembah Allah.

                   Takdirnya,suatu hari semasa berada di sebuah masjid kawasan kejiranan rumahsaya,terjumpa seorang wanita yang saya panggilnya,"kakak".Wanita itu pernah dan mengaku dia juga "terkena" dan tidak melihat apa-apa perubahan pun dalam dirinya selepas dirawat Ustaz M!

                    Ringkasan penulis,beginilah cara ustaz-ustaz zaman moden ini memperdagangkan ayat-ayat suci al-Quran demi mencari kekayaan dunia.Biarlah Ustaz M dan sewaktu dengannya bermaharaja lela menipu orang ramai dengan title USTAZ dan kewarakan sambil menjaja air zamzam,madu dan habbatus sauda kononnya,inilah perubatan Islam.

                     Ingat,di padang Mahsyar kelak segala-galanya akan terbongkar walaupun sekecil zarah!


Wallahualam.


#P/s:Agak-agak anda tahu tak siapa Ustaz "M" yang dimaksudkan ini?
Tags:

2 comments

  1. Assalamualaikum..mohon pencerahan...sipakah uztaz y dmaksudkn???..sy taknak ttipu..utk pengetauan,sy dan family berhajat untuk menjalani rawatan bersama uztaz y agak famous n salu msuk tv...harapan kami utk kmbali sembuh dari penyakit y dialami..ttpi agak merisaukan bila terbaca artikel nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai orang kata ustaz tu selalu ada di iklan tv.. yang jual habbatus sauda dan kanak2 bernyanyi tu..rasanya lah

      Delete